Zana The Trainer

Success Depends On What You Do With You.

Guru Dan Cabaran Semasa

Isu-isu Perguruan Semasa

Kami Cikgu Rurasional

Guru dan Cabaran Semasa.

nurulazura2012

EDU 3109 GURU DAN CABARAN PENDIDIKAN.

Cikgu Pemulihan

Cikgu Pemulihan.

Kami Anak Kampung

Kami Anak Kampung.

Isu dan Cabaran Pendidikan Semasa

Isu dan Cabaran Pendidikan Semasa.

Guru Semasa Dan Global

Guru Semasa Dan Global.

Guru dan Cabaran Semasa

Guru dan Cabaran Semasa.

Search This Blog

Popular Posts

Saturday, October 9, 2010

Yakult


Dalam usus manusia, berbilion mikroflora atau bakteria dari lebih 300 spesies bertindak sebagai penyumbang kepada keseluruhan kesihatan mengikut jumlah fungsi fisiologikalnya.

Antara bakteria yang ada di dalam usus ialah Lactobacillus sp., Bifidobacterium sp., Staphylococcus aureus, Clostridium perfringens, Bacteroides sp. dan jugaEscherichia coli (E.coli).

Bakteria-bakteria di dalam usus ini ada yang memberi kebaikan sepertiLactobacillus dan Bifidobacteriumtetapi ada yang bersifat perosak seperti Clostridium perfringens, Staphylococcus aureus dan E.coli(toksid).

Menurut sejarah, Lactobacillus telah ditemui oleh seorang doktor perubatan dari Universiti Kyoto, Jepun, Dr. Minoru Shirota pada 1933. Bakteria ini mempunyai hubungan simbiosis dengan usus dan dapat memberi kebaikan kepada kesihatan manusia. Dalam hal ini bakteria dan manusia mempunyai saling kebergantungan antara satu sama lain.

Bakteria yang dinamakanLactobacillus casei Shirota (LcS) itu dapat mengawal pertumbuhan bakteria perosak di dalam usus dan sekali gus mengatasi masalah kesihatan di kalangan mereka yang mengambilnya.

LcS mempunyai tiga kebaikan iaitu meningkatkan usus kepada aktiviti lebih sihat, menghalang bakteria perosak daripada berkembang di dalam usus serta membantu meningkatkan aktiviti semula jadi dan imunisasi badan.

Sekali lagi LcS menunjukkan 'sikap baik' sebagai bakteria apabila baru-baru ini, kajian yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik dari Yayasan Penyelidikan Kesihatan Awam Tokyo di bawah Kajian Kumpulan ke Atas Bakteria Asid Laktik dan Kanser Payu Dara mendapati ia boleh mengurangkan risiko kanser payu dara.

Kajian itu mendapati pengambilan secara tetap setiap hari produk yang mengandungi LcS semenjak usia muda boleh mengurangkan risiko seseorang wanita itu terkena kanser payu dara.

Menurut penyelidik Bahagian Pembedahan, Universiti Kyoto, Dr. Masakazu Toi dan penyelidik Bahagian Biostatistik, Universiti Tokyo, Dr. Yasuo Ohashi semasa membentangkan kertas kerja di Simposium Kanser Payu Dara di SanAntonio, Texas, Amerika Syarikat Disember lalu menyatakan bahawa kajian itu mengkaji hubungkait antara pengambilan minuman yang mengandungi LcS dan makanan yang mengandungi soya dengan penyebab kanser payu dara.

"Dalam kajian itu, seramai 355 pesakit berumur 40 hingga 55 tahun yang menjalani pembedahan kanser payu dara dari tempoh Oktober 2007 hingga Mac 2009 dan 710 orang yang sihat yang tinggal di kawasan yang sama dan berumur sebaya dijadikan objek dalam kajian tersebut.

"Mereka dikaji berdasarkan kepada diet dan gaya hidup sejak masih remaja lagi dan semasa dewasa.

"Hasilnya, didapati sebanyak 30 peratus risiko kanser payu dara dapat dikurangkan bagi mereka yang mengambil minuman yang mengandungi bakteria asid laktik iaitu susu berkultur Yakult sebanyak empat kali atau lebih seminggu berbanding dengan mereka yang mengambil tiga kali atau kurang dalam seminggu,'' kata Dr. Mazakazu.

Sementara itu, menurut Dr. Yasuo, sebanyak 40 peratus risiko kanser payu dara dapat dikurangkan bagi mereka yang menyatakan mereka tidak makan banyak produk soya tetapi minum Yakult empat kali atau lebih seminggu berbanding dengan mereka yang minum tiga kali atau kurang seminggu.

"Sebelum ini terdapat kajian yang mendapati pengambilan unsur soya turut memberi pengaruh dalam pengurangan risiko kanser payu dara,'' katanya.

"Penyumbang kepada pengurangan risiko kanser payu dara itu adalah disebabkan oleh pengaruh LcS kepada mikroflora yang terdapat pada usus yang sekali gus menambahbaikan metabolisme pada unsur soya,'' katanya.


sumber : Utusan Malaysia, 12 Januari 2010.

Tuesday, September 28, 2010

Selamat, selamat selamat.




Selamat membuat tugasan rakan-rakan!!!! ^^'

Siapkan semua cepat-cepat dan enjoy yeah!!!

Semoga tenang dan sabar dalam menyiapkan tugasan..=.='

Friday, September 10, 2010

Selamat Hari Raya Semua!


Kami mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua umat Islam di seluruh dunia yang menyambut HARI RAYA.

MAAF ZAHIR DAN BATIN

Monday, September 6, 2010

Unta Berkeliaran di Jalanan.

If you are concerned about high bun head, I googled about this sanggul arab issue and found the hadith related:

Quote:
“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”

- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223-

Rasulullah s.a.w bersabda:

Quote:

“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini"

–hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-

I would say that I was tempted at first as I saw some women/celebraties/tv presenters looked really pretty wearing the syrian style hijab with high sanggul/bun. Anyway, in wearing hijab,niat perlukah menghalalkan cara?

Sunday, August 29, 2010

Selamat Menjalani PBS

KEPADA SEMUA WARGA PISMP SEMESTER 4,

SELAMAT MENJALANI PROGRAM BERASASKAN SEKOLAH.

INI MERUPAKAN PBD YANG TERAKHIR

KEPADA KITA SEMUA

DAN
SEMOGA DAPAT MENYELESAIKAN

SEMUA TUGASAN DENGAN BAIK.

SAETAPAK LAGI KITA

AKAN MELANGKAH KE SATU PERINGKAT

YANG LEBIH SUKAR IAITU PRAKTIKUM.

SEMOGA SEGALANYA DIPERMUDAHKAN OLEH-NYA.

INSYALLAH.

Friday, August 27, 2010

Selamat Bercuti

SELAMAT BERCUTI

DAN

SELAMAT MENJALANI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

KEPADA SEMUA GURU PELATIH

SEMESTER 2 DAN SEMESTER 4.

SEMOGA SEMUANYA BERJALAN DENGAN LANCAR.

INSYAALLAH.

Sunday, August 15, 2010

Kelebihan Bulan Ramadhan

  • Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadan lantas dia memuji Allah ( kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini.
  • Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya
  • Pada malam Lailatul Qadar menyuruh Allah Ta'ala akan Jibrail Alaihisalam turun ke bumi, lalu turunlah Jibrail ke dalam perhimpunan malaikat ke bumi bersamanya bendera hijau lalu dipacakkan ke atas Kaabah, baginya 600 sayapnya , setengahnya tiada dibuka keduanya, melainkan pada malam Lailatul Qadar baharulah dibukakan keduanya, hingga sampai dari timur ke barat ( Musyriq Ke Maghrib ). Orang-orang yang duduk beribadah, orang yang sembahyang dan berzikir dan berjabat tangan sesama mereka mukmin dan mengucap amin doa orang-orang mukmin hingga terbit fajar subuh....... berkata para malaikat kepada Jibrail , apakah Allah berikan pada hajat orang mukmin dari umat Muhammad (s.a.w) pada bulan Ramadan ini? Berkata Jibrail bahawasanya Allah menilik kepada umat Muhammad yang berpuasa dan beribadah padanya dan dimaafkan mereka, diampunkan dosa-dosa mereka, melainkan empat orang yang tiada diampunkan dosanya: iaitu orang yang kekal minum arak, orang yang derhakakan ibubapanya, orang yang memutuskan sillaturrahim dan orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih dari 3 hari.
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardhu, dan amal fardhu diberi balasan 70 kali ganda. Bulan puasa adalah bulan sabar (sabar dalam berbuat taat kepadaNya.), dan sabar itu adalah syurga balasannya bulan ini dilebihkan rezeki kepada hambanya orang mukmin, diampunkan baginya dosa-dosa. Barang siapa memberi makan kepada orang berpuasa pahalanya seperti memerdekakan hamba dan diampunkan dosanya, berkata sahabat : Bagaimana kami tak sanggup memberi makan orang yang berpuasa (berbuka puasa) ya Rasullullah - Allah memberi pahala ini kepada orang yang memberi seteguk susu atau sebiji kurma atau segelas air, barang siapa kenyangkan orang berpuasa diampunkan Tuhan dosanya, diminumkan Tuhan dari kolam Hudh sejenis minuman yang tiada dahaga lagi kemudiannya hingga masuk ia ke syurga dan pahalanya seperti pahala orang berpuasa. (Al-Hadith).
  • Puasa menurut segala yang disuruh dan menjauh segala pantang larangannya, diampunkan dosanya, dan bertasbih, bertahlil dibinakan rumah indah dalam syurga.
  • Barang siapa hadir ke dalam majlis zikir pada bulan Ramadan, ditulis tiap langkahnya ibadat setahun, dan pada hari Qiamat bersamaku di bawah Arasy. Siapa tetap berjemaah dalam bulan puasa didirikan kota bercahaya indah, cemerlangnya , dan yang berbakti kepada ibubapanya Allah memandang rahmat kepadanya, dan isteri yang berbuat sesuatu mencari keredaan suaminya, maka pahala yang besar Allah kurniakan kepadanya , seperti Siti Maryam dan siapa yang menyampaikan hajat orang mukmin, Allah menunaikan seribu hajatnya, dan siapa bersedekah kepada fakir miskin (yang ada anak isteri) tiap langkah dikurniakan kepadanya seribu kebajikan, dihapuskan seribu kejahatan dan diangkatkan seribu darjat baginya. (Al-Hadith)
  • Orang yang sembahyang bulan Ramadan tiap sekali sujud, dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah didalam syurga daripada permata bagi orang yang berpuasa dan beribadat, 75000 malaikat meminta ampun baginya dari pagi hingga tenggelam matahari, dan dibina sebuah mahligai baginya . (Al-Hadith).
  • Pada hari Qiamat, Allah memerintah Malek Ridwan supaya dikeluarkan orang-orang berpuasa daripada kuburnya dengan keadaan lapar dan dahaga, lalu disuruh Malek Ridwan berikan segala keinginan mereka dari segala macam makanan dan minuman syurga. Maka Malek Ridwan memerintah kepada anak-anak membawa talam-talam makanan , minuman dan buah-buahan. Sebagai balasan berlapar di bulan Ramadan. (A-Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadat, dan nafasnya itu adalah tasbih, doanya itu mustajab, dosanya diampunkan Allah, dan amal ibadatnya dilipatgandakan . (Al Hadith)

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan Kembali


Haish..apa nak sahur esok hari? Apa-apa je lah! ^^'
Yang penting, kami semua WARGA PISMP PL 1 mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN kepada semua umat ISLAM.
Puasa penuh-penuh ya! Kalau tak, tak boleh raya. *Kau, kau dan kau, macam lah kau puasa penuh! Tiap-tiap tahun, kau lagi meriah dari yang puasa penuh! LOL!*

Kami mendoakan semoga kita semua mendapat keberkatan dari-Nya pada Ramadhan kali ini.
Bukak puasa tu jangan membazir sampai semua makanan kau taruk dalam pinggan, sampai berpinar-pinar mata kau masa pergi bazaar ramadhan. Membazir itu amalan syaitan! ^^'

Malam-malam jangan lupa pergi sembahyang tarawikh ye semua! =)
Masa makan tu beringat sama, jangan sampai tak larat nak bawa perut untuk bersembahyang pula. *lepas tu sembahyang duduk! Banyak cantik muka kau!*


Friday, August 6, 2010

Dia mai dah. T__T'

Ah, apa pulak yang datang kali ni? Naaaaaaaaaah! Macam biasa lah, setiap semester, apa lagi, assignments lah. T_______T' *bakal mengharungi hari-hari menghadap laptop! Sob3 *

Termasuk hari ini, dah empat assignments dah mula muncul.
Pertama , EDU 3105.
Kedua, BMM 3104
Ketiga , MTE 3107 dan
Keempat PKP 3107

And other subject are coming soon. Fyi, semua ni insyaAllah perlu dihantar selepas hari raya. Jadi, untuk beraya sakan, sila mulakan tugasan anda sekarang!!! Kalau tak nanti orang beraya anda menghadap laptop menyiapkan tugasan. T__T'

Ah, otak dah mula melayang teringat nak puasa minggu depan. Apa juadah-juadah berbuka puasa ye? ^^' . Harap-harapnya ada banyak gerai makanan dan tak perlu berebut-berebut untuk membeli makanan. Oh cuti...sila cepat datang! *Teringat bubur lambuk emak di rumah!*

Tak seronok pulak kalau tak ada gambar kan?
Jom tengok gambar makanan yang sedang diidamkan. *Mengidam aje kau ye!*

Meatballs kesukaan ramai! IKEA mari!
Jom serbu IKEA. Sungguh, sedap!

Laksa..laksa! Kalau panas-panas, memang favorite lah!

Chocolate cake kesukaan semua! Birthday Ara pun ada choc cake.
Sedap terukk!

Ni buat ingatan kat rumah terus bertandang!
Oh ayam gorengg~ T__T'

Ni strawberry cheese cake! Sedapnya lah kan?
Kenapa glup,glup kau telan air liur ha?

Bihun soto yang menyelerakan! Aduii T___T'

Ah, makanan sedap!

Nasi tomato!

Beriyani. Kalau siap dengan kuah ayam masak merah, mau meleleh air liur.

Keluar dari Sangkar Emas!

Wah, tengok tajuk entry pun rasanya dah tak sabar-sabar nak membaca isinya. Baiklah, terus ke tajuk entry kali ni. Event ni dah lama berlaku. Hampir tiga minggu lepas tapi sekarang baru tangan ni rasa gatal-gatal nak update belog.
Masing-masing cemburu tengok orang lain buat macam-macam aktiviti dan paling penting cemburu tengok orang balik rumah sendiri. Paling jealous kalau TIAP-TIAP MINGGU muka yang sama tu asyik menghilangkan diri ke rumah. Mentang-mentang rumah kau dekat. *sigh*.
Apa kau ingat dekat kalau aku nak balik rumah aku? OK, ayat sebahagian dari warga kelas. T________T' *Sabar je lah aku*

Jadi, kami pun decided untuk melakukan aktiviti hujung minggu.
Sekali sekala buat aktiviti main air seronok jugak kan. Nak-nak kalau ada orang sambut birthday dia! *Happy birthday to Ara Chan*

Jom kita ushar mana kami menghilangkan diri pada hujung minggu TIGA minggu lepas!

Mulakan perjalanan anda dengan senyuman lepas dapat 6 paket
sandwich sedap buatan Zuliyana! *thumbs up!*

Ada kereta sebuah lagi tercicir kat belakang. Tungguuuuu dulu ^^'

Takkan nak tunggu aje. Rugi kodak lah! *Eh, kau zaman bila guna kodak lagi ni?*

Toodia... Sampai ke Johor korang ye! (^.~)V

Bergambar kenangan sebelum climb up untuk mencari port
yang paling sesuai untuk kami warga comel!

Masing-masing membawa muatan macam nak berkelah 3 hari 3 malam je.

Yeah! Climbing, climbing!! ^^'

Ini kalau buat mode sephia lagi jadi memori kau dan aku! haha

Rombongan Cik Ros mula bergerak.

Gambarku di mana-mana. *auuuw..^^'

Nak cari port bagussss konon! ^^'

Yang ni semua memang ratu-ratu mandi. Biar gambar saja bercerita
aktiviti-aktiviti mandi-manda. Eeheeee..^^'

Yang pakai tudung merah tu sibuk nak tangkap ikan.

Ini adalah perkara yang di nantikan!! Sambutan hari jadi.
SELAMAT HARI JADIAN diucapkan kepada Zahrah binti Yusuf.
Jangan pelik ya, kami berpicnic di dua tempat. Tak puas berada di Sagil, kami melencongkan kereta kami ke Pantai Puteri Melaka pula. Hebat!! LOL.

Ini dia birthday girl kami! *Mulut muncung ala-ala tiup lilin*

Makan lagi! Makan-makan dan makan.

Yang angkat periuk tu dah lega sebab periuk dah ringan.
* Yang bawa perut semua merungut sebab perut dah berattt sangat! **

Ada peluang kita pergi lagiiiii ~

Mari Kita Belajar Mengawal

Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Bukan ukuran kekuatan seseorang itu dengan bergusti tetapi orang yang kuat itu adalah orang yang mampu mengawal hawa nafsu ketika marah.” [Sahih Bukhari]

Sebagai manusia biasa, bukan mudah untuk kita mengawal rasa marah yang tiba-tiba menjengah dalam hati. Ramai yang cuba mengatakan bahawa aku hanya manusia biasa yang punya hati dan perasaan. Ya, benar! *siapa kata kau bohong?* Tetapi wahai anak Adam, tahukan anda bahawa apabila anda marah, anda akan menunjukkan sikap yang anda yang kurang elok? Tahukah anda bahawa apabila anda marah, kadangkala anda bertindak di luar batasan keimanan anda? *ada orang nak cakap iman senipis kulit bawang lah tu!*

Orang yang mudah marah dan melenting tidak layak untuk dihormati kerana dia sendiri tidak menghormati dirinya dengan mengawal emosi. Adik-adik, rakan-rakan, mak-mak, ayah-ayah dan semuanya, kita perlu belajar mengawal emosi sendiri dahulu sebelum kita cuba untuk mengawal perkara lain. *Oh, tahniah kepada seseorang yang telah buat quote ni! Suka sangat!**

Jadi, jom sama-sama kita belajar cara bagaimana untuk mengawal emosi MARAH ni. *marah ni..marah ni!*

1. Biarkan ia berlalu -
- Salah satu cara berurusan dengan rasa marah adalah dengan belajar untuk memaafkan.
- Ketidakadilan muncul sepanjang masa dan semua orang pernah bersalah.
- Belajar untuk melepaskan rasa marah adalah sebahagian daripada kebijaksanaan emosi.

2. Gunakan ia secara positif -
- Tumpukan perhatian anda kepada sesuatu yang membuatkan anda lebih tenang. Duduk jika sedang berdiri, urut dada anda dan relaks lah.

3. Namakan ia, tuntut ia dan jinakkan ia -
- Cari punca mengapa anda marah dan bagaimana untuk anda jinakkan rasa marah anda. Beritahu kepada diri bahawa marah hanya akan merugikan anda. *penat tau marah-marah ni!*

4. Jangan mendesak, jangan mencurahkan !
- Nyatakan perasaan marah anda, kemudian lupakan perasaan itu. Jangan ungkit sehingga akar umbi kerana bukan semua perkara dapat diluahkan melalui kata-kata. Ada perkara yang akan lenyap dengan hanya berdiam diri.

5. Kawal ia / ia yang mengawal anda -
- Menangkan emosi positif anda. Jangan biar kemarahan menguasai anda sehingga anda nak naik gila!

BINA INSAN GURU IV

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya, sekali lagi pada semester ini Bina Insan Guru IV dapat dijalankan dengan jayanya. Sekalung tahniah dan ucapan ribuan terima kasih khas kepada semua yang terlibat! *fuhhh, hebat semuanya!*

Baiklah, pada semester ini masih lagi hampir sama seperti semester yang lalu cuma kami memilih untuk menjalankan BIG kali ini di dalam institut sahaja. *jimatkan kos ;p*. Tetapi bukan itu motif utamanya, apa yang penting ialah persetujuan ramai dan semangat kerjasama yang telah ditonjolkan oleh semua ahli unit. Bercakap soal kerjasama, KERJASAMA ya rakan-rakan. kerjasama ialah cooperation, oh English la pulak. dalam bahasa ibundanya, kerjasama ialah saling membantu antara satu sama lain atau beberapa pihak. Tuan-tuan, adik-adik, anak-anak sekalian, bukan senang ya mahu melahirkan sikap bekerjasama ni sehingga memerlukan keikhlasan yang sangat tinggi agar tiada rungutan dan ungkitan pada masa akan datang atau lebih tepat kalau dikatakan 'rumah sudah siap tapi pahat masih berbunyi'. *SETUJU!!! clap,clap,clap sambil berdiri sebagai tanda sokongan*

Sudahlah! Jangan banyak mengomel lagi. Jom kita lihat shot yang cantik untuk santapan mata kita agar bersinar seperti mata kucing parsi! *mana kau tahu mata kucing tu bersinar?*























Wednesday, April 14, 2010

Ya ALLAH, Teguhkanlah Ukhwah Kami

Ya ALLAH, Teguhkan Ukhwah Kami Seteguh Karang..Biar dilanda ombak, masih berdiri teguh di situ...selamanya..AMIN



















Ini Gambar yang sempat dirakamkan mase hari pertama kami mendaftar sebagai bakal pemegang ijazah. It is good to come back at IPG KPM sbb dapat jumpa beloved friends.Ukhwah makin E.R.A.T dari hari ke hari..



For those who are not in this pictures, I am really sorry. We can catch up next time!





Ya ALLAH,
hati ini telah bersatu,
bertemu diperut bumi mu,
hati ini telah berpadu bersatu memikul beban dakwahmu,
hati ini telah mengikat setia untuk mendaulat untuk mendokong,syariah mu di alam maya..
maka Ya ALLAH..
eratkanlah, ikatan yang ada
maka Ya ALLAH..
eratkanlah, ikatan yang ada
kekalkan kemesraan yang ada,
tunjukkanlah jalan yang benar.
tunjukkanlah dengan cahaya Mu
tiada malam terangi alam MU
hati ini telah mengikat setia
untuk mendaulat
untuk mendokong,
syariah Mu di alam maya..
maka Ya ALLAH..
kekalkanlah, ikatan yang ada
maka Ya ALLAH..
eratkanlah, ikatan yang ada

Maafkan aku

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.

“Untuk apakah paku-paku ini ayah?” tanya pemuda tersebut.

“Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu” jawab ayahnya.

Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, di mana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata “Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal".

“Maafkanku sekiranya aku pernah meninggalkan sebarang kesan berlubang di dinding hati mu...maafkan ku sayang"

Friday, April 2, 2010

BANTERAS! BANTERAS!!

PLEASE BRING YOUR OWN TUPPERWARE!
Polistrin SANGAT membahayakan!
Kenapa kita mesti mengharamkan polisterin?
Bahan pembungkus polisterin yang biasa kita guna mengandungi bahan karsinogen yang boleh mendatangkan kesan mudarat kepada kesihatan. Menurut kajian,Agensi Penyelidikan Kanser Antarabangsa(IARC) ,Pertubuhan Kesihatan Sedunia(WHO) mengelaskan stirena sebagai bahan karsinogen kumpulan 2B iaitu agen penyebab kanser kepada manusia.Bahan-bahan kimia daripada bekas itu akan menyerap ke dalam makanan dan kemudian ke dalam tubuh manusia!
Jadi, MASA UNTUK BERUBAH!
SAVE MAMA EARTH!

Wednesday, March 31, 2010

Jenis-jenis Manusia


Ada Empat Jenis Manusia Di Dunia:

Memang benarlah kata ramai orang yang telah berjaya bahawa didalam dunia ini ada empat jenis manusia.


Jenis yang pertama,adalah jenis manusia yang “wait things happen”. Dia menunggu dan berharap sesuatu akan berlaku yang akan merubah kehidupan mereka.

Jenis yang kedua,adalah jenis manusia yang “watch things happen”, mereka hanya melihat-lihat orang lain melakukan sesuatu.

Jenis yang ketiga, adalah jenis manusia yang “makethings happen”. Mereka ini tidak mahu memilih untuk menunggusahaja kejayaan datang kepada mereka. Mereka juga tidak mahu melihat sahaja orang lain berjaya. Tetapi mereka memilih untuk berusaha untuk mencapai kejayaan dan bertindak! Tetapi janganlah jadi jenis yang keempat ini.

Jenis yang keempat ini adalah mereka yang “donno wat heppe (Don’t know what happen dalam loghatKelantan)”

Tuesday, March 30, 2010

BIG ke SK Bukit Serok



Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan aktiviti wajib bagi semua guru-guru pelatih yang menuntut di Institut Pendidikan Guru Malaysia. Aktiviti ini melibatkan semua guru pelatih Program Ijazah sarjana Muda Perguruan (PISMP). Program BIG pada kali ini adalah seminar.
Program Bina Insan Guru ini merupakan satu titik tolak kepada pembentukan sahsiah dan jatidiri setiap guru pelatih. Semasa menjalani program ini kami dapati banyak lagi kelemahan yang perlu diperbaiki. Selain itu, kami juga perlulah memantapkan ilmu sedia ada di samping menambah lagi ilmu-ilmu baru demi kemajuan diri, agama, bangsa dan negara kami.




Perkara yang paling penting bagi menjayakan sesuatu program adalah kerjasama. Tanpa kerjasama yang sepadu, kia tidak akan dapat menjayakan sebarang aktiviti terutamanya yang melibatkan pihak sekolah. Saya sungguh kagum terhadap kerjasama yang rakan-rakan guru pelatih tonjolkan.


Kami sungguh gembira sepanjang berada di sana....kami menerima layanan yang sungguh baik daripada pihak sekolah terutamanya pihak asrama dan pentadbiran sekolah....jutaan terima kasih kami ucapkan kepada mereka...tanpa sokongan dari mereka nescaya program ini tidak akan berjalan dengan lancarnya.
kami telah mengadakan pelbagai aktiviti :
1. ice breaking2. LDK
3. Pergigian
4. Senam robik


Kesimpulan yang dapat saya buat di sini ialah program seperti ini perlulah diadakan lebiih kerap lagi kerana seseorang guru bukan sahaja perlu mantap dari segi intelek dan penampilan malahan guru juga perlulah mantap dari aspek fizkal, rohani dan juga emosi.



Followers

Khas buat warga 'Segalanya Bermula Di sini'.

Ingin dimaklumkan bahawa mengepos entry menerusi blog ini, anda dikehendaki mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan :
1. Perlu menggunakan bahasa yang mudah difahami.
2. Dilarang sama sekali menggunakan shortform!
3. Haruslah memberikan label yang bersesuaian berikutan untuk memudahkan pencarian maklumat.
4. Maklumat hendaklah berguna kepada banyak pihak dan boleh digunakan oleh sesiapa sahaja.
5. Dilarang untuk mengutuk/menjatuhkan orang lain mahupun menyebarkan fitnah.