Search This Blog

Popular Posts

Monday, March 29, 2010

LAWATAN KE RUMAH SERI KENANGAN CHENG~


25 FEBRUARI 2009

Ahlijawatankuasa Sukarelawan unit PL1 mengadakan program lawatan ke rumah Seri Kenangan Cheng. Pelbagai pengalaman bermakna kami kutip sepanjang berada di sana. Alhamdulilah, negara Malaysia masih lagi menitikberatlan kebajikan rakyatnya di mana orang yang kurang bernasib baik masih lagi dibela hak mereka. Kami sangat bersyukur kerana masih lagi ada insan yang mampu memelihara org-org tua di sana selain anak-anak mereka sendiri.

Semasa berada di sana barulah kami sedar tentang kebenaran " seorang ibu boleh jaga 10 org anak, tetapi seorg anak tidak mampu untk menjaga seorang ibu". Alangkah sedihnya hati seorang ibu/ ayah yang ditinggalkan bersedirian menghitung hari-hari akhirnya tanpa dikelilingi anak cucu. Cuba anda bayangkan jika suatu masa nanti, anak anda melakukan perkara yang sama kepada anda. *Hidup ini karma!*

Kepada semua yang melibatkan diri dalam program pada kali ini, tahniah dan ribuan terima kasih diucapkan. Pasti ada yang menitiskan air mata tatkala mendengar luahan seorang nenek tua tentang kehidupannya. Namun, kita harus sedar bahawa bukan semua manusia dilahirkan untuk menikmati kesenangan dan bertuah dan sebagai manusia biasa, kita seharusnya peka kepada mereka yang masih memerlukan bantuan kita. *hulurkan tangan, ringankan beban*

Wahai bakal pendidik, terapkanlah nilai kasih sayang dan ilmu yang baik dalam diri anak-anak murid kita agar mereka sentiasa berdiri di landasan yang benar. Bimbing mereka ke jalan yang benar jika mereka tergelincir di perjalanan.

Salam ukhwah buat semua!

0 comments:

Post a Comment

Followers

Khas buat warga 'Segalanya Bermula Di sini'.

Ingin dimaklumkan bahawa mengepos entry menerusi blog ini, anda dikehendaki mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan :
1. Perlu menggunakan bahasa yang mudah difahami.
2. Dilarang sama sekali menggunakan shortform!
3. Haruslah memberikan label yang bersesuaian berikutan untuk memudahkan pencarian maklumat.
4. Maklumat hendaklah berguna kepada banyak pihak dan boleh digunakan oleh sesiapa sahaja.
5. Dilarang untuk mengutuk/menjatuhkan orang lain mahupun menyebarkan fitnah.