Pengalaman tengok kelip- kelip secara life sangat menakjubkan., bagaikan mimpi yang menjadi nyata. Ya Allah..kami bersyukur atas ciptaanMu yang sungguh sempurna. Memang tak dapat nak diluahkan dengan kata- kata. Sangat cantik.
Kami bergerak pergi ke Kuala Selangor pada Sabtu petang.Banyak halangan dan cabaran terpaksa kami lalui untuk sampai ke Ecopark Bukit Melawati. Namun cabaran inilah yang membuatkan kami menjadi lebih erat. Terdapat peristiwa- peristiwa yang tak dapat kami lupakan. Antaranya ialah kami tersilap menaiki bas, dikejar beruk, kesilapan menempah hut dan macam- macam lagi.
Namun, sedarkah kita semua bahawa setiap kesalahan memberikan kita satu pengalaman yang bermakna. Pengalman-pengalaman inilah yang akan membuatkan kita menjadi lebih matang. Setiap pengalaman- pengalaman ini yang membuatkan kita berfikir secara berkesan untuk menyelesaikan setiap masalah, berkongsi idea, menerima pandangan orang lain n macam- macam lagi. "Guru terbaik adalah pengalaman". Kami menyokong perkara ini 100% kerana pengalaman dan peristiwa yang buruk itu adalah suatu perkara yang terbaik bagi membentuk diri yang terbaik.
Kepada kawan- kawan yang lain, jika anda berkesempatan. Carilah pengalaman, jangan sia-siakan hidup anda semua dengan membazir masa melakukan perkara yang tidak berfaedah. Curilah walau sedikit hujung minggu anda untuk mencari pengalaman ditempat orang..pasti kehidupan anda akan disinari dengan cahaya kegembiraan.
Kepada rakan kelip- kelip: Esah, Nana, Miza, Beah, dan Ot, kenangan berjalan- jalan dengan kalian semua adalah perkara yang paling menarik dalam hidup ini..=)
0 comments:
Post a Comment