MENGIRA DENGAN 2 NILAI TEMPAT
Pada peringkat permulaan, korang bolehlah gunakan bahan konkrit untuk kenalkan kepada murid-murid berkenaan konsep tambah/tolak menggunakan 2 nilai tempat ni. Kadang-kadang kalau kita ajar secara terus bentuk lazim tu, murid-murid tak dapat nak faham kenapa jawapan dia jadi cenggitu. Lagi-lagi kalau murid tu ialah murid pemulihan. Tak ke kesian dorang nak perah otak fikir kenapa jawapan dia cenggitu?? Jadi sebagai guru, kita ni kena la rajin sikit buat BBM yang dapat tolong murid ni belajar. Kan dapat pahala lebih secara tak langsung? (;Okay, kat sini kitorang sertakan beberapa BBM yang kitorang dah hasilkan dari bahan konkrit sampailah ke semi-konkrit. So, lets check it out! ;D
PLACE VALUE SHIPS
Kapal ni kami buat dari bahan terbuang sahaja. Guna polistrine yang orang buang tepi jalan tu. Lepas tu bagi colourful sikit. Then, cucuk lidi, letak layar dan labelkan. Senang je kan? (;
Manakala, coin tu pulak kami buat guna plastesin yang dikepit dengan kertas keras Honey Stars lepas tu balut dengan kertas warna.
BEKAS GULI
Maaf. tak dapat nak rotate sebab blogspot ni bagi masalah pulak. Jadi, apa yang kita dapat lihat, kami hanya menggunakan bekas air mineral dan guli serta kertas warna sebagai sumber.
PLACE VALUE BOARD
Place Value Board ni kami hanya gunakan kotak terbuang yang orang taknak guna dah. Lepas tu kami balut dan labelkan. Jangan lupa balut dengan pembalut buku tu. Sebab benda ni boleh diguna pakai.Manakala, coin tu pulak kami buat guna plastesin yang dikepit dengan kertas keras Honey Stars lepas tu balut dengan kertas warna.
BEKAS GULI
Maaf. tak dapat nak rotate sebab blogspot ni bagi masalah pulak. Jadi, apa yang kita dapat lihat, kami hanya menggunakan bekas air mineral dan guli serta kertas warna sebagai sumber.
PLACE VALUE BOARD
Kalau nk lagi senang, labelkan terus dekat kertas warna A4 korang tu dan laminatekan. Senang kan? Kami buat macam ni untuk anak murid setiap sorang lagi dekat kelas pemulihan tu. (;
Butang tu kami namakan sebagai Button Stick, macam yang ada sebelum ni, Base-ten Blocks, Bean Stick dan sebagainya.
PLACE VALUE HANGERS
Ini kalau dah takda masa, ataupun malas sangat, korang boleh ambil hanger dan penyepit dalam almari tu buat BBM. Tapi jangan lupa label mana rumah Sa, mana rumah Puluh. Kalau nak tambah rumah Ratus pun boleh! (;
Dan penyepit tu kalau boleh untuk satu nilai tempat pakai satu warna je. Sebab kita taknak bagi murid keliru. Kalau dorang keliru, susah pulak nak bagi faham. (;
RUMAH NANAS
Ikut kreativiti korang nak pakai sumber apa yang ada. Macam ni, kitorang gunakan polistrine yang beli kat Popular sekeping RM2.50 tu. Lepas tu kami labelkan nilai tempat. Yang transparent tu, kami buat sarung supaya senang nk masukkan kad nombor. Rumah Nanas ni boleh buat untuk operasi tolak sekali. Senang kan? (;
SELAMAT MENCUBA!