Search This Blog

Popular Posts

Thursday, June 16, 2011

Nota Jadual Spesifikasi Ujian

Assalmualaikum.


Nota untuk dikongsi bersama.

A

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN

Definisi JSU ( Jadual Spesifikasi Ujian)

Ia menghuraikan aspek-aspek pencapaian yang hendak diukur serta memberikan panduan untuk mendapatkan satu sampel item-item soalan.

CIRI-CIRI JSU

o Kandungan ujian (topik-topik pelajaran.)

o Aras kemahiran yang bergantung dengan taksonomi objektif pendidikan.

o Pemberatan (%) pada kandungan aras kemahiran berdasarkan tempoh masa

mengajar dan kepentingan sesuatu kemahiran itu diajar.

o Bentuk soalan : objektif, esei, amali, kertas kursus dan lain-lain.

o Bilangan item yang mengikut bentuk, kandungan dan aras kemahiran.

o Kepayahan/ kesukaran item ( 20%- 80%)

Kepentingan JSU

  • Dapat mengelakkan ujian yang dibina secara sembarangan dan dapat dilakukan secara terancang dan rapi.
  • Dalam JSU, bilangan soalan bagi sesuatu tajuk diberi berdasarkan pentingnya tajuk atau objektif pelajaran
  • Akan menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian.
  • Membolehkan ujian yang sama dibina oleh orang lain.
  • Dapat menstabilkan taraf dan aras kesukaran ujian dari setahun ke setahun.
  • Perbandingan dapat dibuat di antara satu ujian dengan ujian yang lain

Langkah-langkah Penyedian JSU (Jadual Spesifikasi Ujian)

JSU mengandungi maklumat tentang:

 Bentuk dan panjangnya ujian

 Aras kesukaran dan juga aras kemahiran yang diuji

 JSU yang dirancang dengan baik akan menolong dalam penentuan kesahan dan kebolehpercayaan ujian itu.

 Pembahagian soalan untuk tiap-tiap unit kandungan mesti sama dengan penegasan yang diberi dalam pengajaran.

 Kepentingan aras mesti bersesuaian dengan kebolehan murid-murid yang akan diuji.

 Terdapat dua jenis soalan yang boleh digunakan iaitu soalan objektif dan soalan subjektif.

 Penggubal soalan mesti menentukan jumlah soalan untuk ujian itu.

 Masa mestilah cukup supaya 80% daripada murid-murid dapat menjawab soalan.

Langkah pertama

1. Menyenaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji

2. Mengira jumlah masa bagi setiap tajuk yang diajar.

Langkah dua

1. Menentukan soalan yang ingin dibina. Contohnya; soalan subjektif atau soalan objektif (bergantung kepada format)

2. Meletakkan jumlah soalan bagi setiap topik.

Langkah tiga

1. Menentukan aras kesukaran

2. Menentukan model aras kesukaran model (JSU)

3. Lazimnya JSU mengamalkan Taksonomi Objektif Pendidikan Bloom.

Langkah empat

1. Memastikan jenis ujian yang akan/ hendak diuji.

2. Jenis soalan yang boleh digunakan; ujian objektif, ujian esei, dan lain-lain. (bergantung kepada format)

Langkah Lima

1. Menentukan bilangan soalan bagi setiap komponen

2. Penentuan aras kesukaran soalan ( soalan mudah kepada soalan susah)

3. Menetapkan pemarkahan.

Langkah enam

1. Menyatakan matapelajaran

2. Tingkatan atau kelas

3. Susunan nombor soalan mengikut tajuk.

RUJUKAN:

www.slideshare.net/.../jadual-spesifikasi-ujian-jsu

1 comment:

  1. The best casino slot machines to play at and from a casino
    › games › games Find all the information you need 의왕 출장마사지 about a casino slot machine that 전라북도 출장샵 you like, 동해 출장샵 계룡 출장마사지 online slots 서귀포 출장샵 in California, Florida and Iowa, and a list of the best casinos

    ReplyDelete

Followers

Khas buat warga 'Segalanya Bermula Di sini'.

Ingin dimaklumkan bahawa mengepos entry menerusi blog ini, anda dikehendaki mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan :
1. Perlu menggunakan bahasa yang mudah difahami.
2. Dilarang sama sekali menggunakan shortform!
3. Haruslah memberikan label yang bersesuaian berikutan untuk memudahkan pencarian maklumat.
4. Maklumat hendaklah berguna kepada banyak pihak dan boleh digunakan oleh sesiapa sahaja.
5. Dilarang untuk mengutuk/menjatuhkan orang lain mahupun menyebarkan fitnah.