Search This Blog

Popular Posts

Tuesday, June 28, 2011

Nota Penilaian Berasaskan Projek

Assalamuaikum.


PENILAIAN BAHASA BERASASKAN PROJEK

Pengenalan:

Penilaian cara ini berupa aktiviti-aktiviti yang memerlukan pelajar mengaplikasi atau membuat tunjuk cara pengetahuan dan kemahiran dalam situasi sebenar (Wiggins, 1989).

Ciri-ciri Penilaian Projek

o Projek / tugasan mempunyai pelbagai reka bentuk (lisan, visual, kinestetik)

o Menggunakan jangka panjang

o Menunjukkan peranan sebenar dalam situasi sebenar.

o Pelajar dibenarkan untuk membina penyelesaian alternatif. Tiada didapati satu jawapan yang benar.

o Pelajar dikehendaki melibatkan diri secara aktif seperti membuat atau menyediakan projek dan kumpulan koperatif.

o Pelajar boleh menjalankan tugasan secara individu atau berpasukan

o Sintesis pengetahuan yang dikumpul dan menilai pembelajaran.

o Peluang menilai pelajar dalam kreativiti, kemahiran merancang, integrasi pengetahuan dan kebolehan membuat tugasan bersama orang lain.

o Pelajar menunjukkan kebolehan mengkaji / membentukkan sesuatu

o Pelajar melaksana dan menghasilkan sesuatu.

o Pelajar mengamalkan kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah.

o Aktiviti yang bermakna

Jenis-jenis penilaian projek:

i. Latihan dan soalan ‘open-ended’ untuk pelajar meneroka secara lisan atau bertulis (main peranan)

ii. Extended tasks assignment-menulis puisi, melaksana dan menerangkan keputusan ujikaji, membina model.

iii. Portfolio-koleksi tugasan berdasarkan prestasi

iv. Tugasan prestasi-drama, lakonan, persembahan, poster atau model.

BROSUR :

v Risalah yang memberikan maklumat atau keterangan ringkas tentang sesuatu.

v Penilaian bahasa berasaskan projek : “Power Point” ,risalah dan web

POWER POINT:

v Microsoft Powerpoint adalah pakej persembahan grafik yang lengkap.

v Menyediakan semua keperluan dalam mengeluarkan persembahan secara
professional.

v Melalui perisian asas ini, persembahan akan dapat dibentuk dengan menghasilkan dari slaid pertama hingga slaid terakhir dengan mendedahkan
ciri-ciri tambahan persembahan seperti ‘background format’, ‘drawing’, ‘colour’, ‘dan ciri-ciri pengawalan masa.

v Penguasaan yang baik dalam perisian ini akan memudahkan seseorang untuk menjadi pengendali persembahan yang professional.

v Matlamat dan Objektif

· Menggalakkan pelajar dan guru menghasilkan bahan p&p yang bersifat
mampat dan memperbanyakkan bahan p&p berasaskan I

· Merangsang para pelajar dan guru mencipta bahan P&P berasaskan ICT

· Menjalinkan kerjasama antara pelajar dan guru

v Ciri-Ciri

· Pemilihan jenis bahan multimedia berasaskan power point mestilah berdasarkan tajuk pengajaran yang dipilih berdasarkan sukatan pelajaran semasa

v Bahan yang dipertandingkan mestilah mengikut kriteria seperti berikut:

· Hasil ciptaan sendiri

· Berkonsepkan pembelajaran kendiri

· Berasaskan Windows

· Interaktif

v Aspek penilaian adalah seperti berikut:

1. Warna, pengurusan ruang dan kreativiti
2. Keberkesanan kesinambungan persembahan
3. Ketepatan isi kandungan
4. Kelengkapan laporan
5. Cara penyampaian maklumat
6. Keistimewaan persembahan
7. Hasil ciptaan persembahan multimedia yang terpilih akan direkodkan dalam cd
8. Masa terhad untuk persembahan.

v Melalui pembentangan isi

· Topik yang disampaikan

· Idea.

· Persembahan paparan yang menarik ,pembinaan laras bahasa yang sesuai dengan audiens

· Penggunaan teknologi maklumat yang berkesan

v Cara penyampaian kepada audiens

· Berkeyakinan

· Tidak membaca paparan sepenuhnya

· Memahami topik yang dibincangkan

· Dapat memahami kemahuan audiens

· Sesuai dengan golongan sasar

· Tidak menyentuh isu-isu yang sensitif

· Tidak mengambil masa yang lama (padat dan tepat)

RISALAH

  • Persembahan yang menarik
  • Pemilihan isi yang menarik
  • Topik yang menarik
  • Penggunaan laras bahasa yang sesuai
  • Ringkas dan padat
  • Mempunyai ransangan yang lain (gambar, maklumat tambahan)
  • Menarik perhatian
  • Rekaan yang sesuai
  • Mengetahui golongan sasar yang difokus.

HALAMAN SESAWANG : WEB

  • Persembahan rekaan
  • Penggunaan teknologi maklumat yang efektif
  • Pemilihan latar, warna, jenis tulisan dan saiz, dan juga rekaan halaman
  • Pemilihan topik yang sesuai dan tidak menyentuh isu-isu yang negatif dan sensitif
  • Mengetahui golongan sasar yang dikehendaki
  • Penggunaan laras bahasa yang sesuai
  • Mempunyai maklumat tambahan
  • Mempunyai jaringan yang luas

Kesimpulannya, melalui penilaian projek ini, kita dapat mengukur proses meta-kognitif dan sikap pelajar. Selain itu, kita juga dapat memperoleh skor yang diberi berdasarkan kriteria spesifik serta dapat membantu pelajar mengesan bidang-bidang kelebihannya dan menggunakan kelebihan ini sebaik mungkin.

Sumber:

0 comments:

Post a Comment

Followers

Khas buat warga 'Segalanya Bermula Di sini'.

Ingin dimaklumkan bahawa mengepos entry menerusi blog ini, anda dikehendaki mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan :
1. Perlu menggunakan bahasa yang mudah difahami.
2. Dilarang sama sekali menggunakan shortform!
3. Haruslah memberikan label yang bersesuaian berikutan untuk memudahkan pencarian maklumat.
4. Maklumat hendaklah berguna kepada banyak pihak dan boleh digunakan oleh sesiapa sahaja.
5. Dilarang untuk mengutuk/menjatuhkan orang lain mahupun menyebarkan fitnah.