Zana The Trainer

Success Depends On What You Do With You.

Guru Dan Cabaran Semasa

Isu-isu Perguruan Semasa

Kami Cikgu Rurasional

Guru dan Cabaran Semasa.

nurulazura2012

EDU 3109 GURU DAN CABARAN PENDIDIKAN.

Cikgu Pemulihan

Cikgu Pemulihan.

Kami Anak Kampung

Kami Anak Kampung.

Isu dan Cabaran Pendidikan Semasa

Isu dan Cabaran Pendidikan Semasa.

Guru Semasa Dan Global

Guru Semasa Dan Global.

Guru dan Cabaran Semasa

Guru dan Cabaran Semasa.

Search This Blog

Popular Posts

Friday, August 6, 2010

Mari Kita Belajar Mengawal

Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Bukan ukuran kekuatan seseorang itu dengan bergusti tetapi orang yang kuat itu adalah orang yang mampu mengawal hawa nafsu ketika marah.” [Sahih Bukhari]

Sebagai manusia biasa, bukan mudah untuk kita mengawal rasa marah yang tiba-tiba menjengah dalam hati. Ramai yang cuba mengatakan bahawa aku hanya manusia biasa yang punya hati dan perasaan. Ya, benar! *siapa kata kau bohong?* Tetapi wahai anak Adam, tahukan anda bahawa apabila anda marah, anda akan menunjukkan sikap yang anda yang kurang elok? Tahukah anda bahawa apabila anda marah, kadangkala anda bertindak di luar batasan keimanan anda? *ada orang nak cakap iman senipis kulit bawang lah tu!*

Orang yang mudah marah dan melenting tidak layak untuk dihormati kerana dia sendiri tidak menghormati dirinya dengan mengawal emosi. Adik-adik, rakan-rakan, mak-mak, ayah-ayah dan semuanya, kita perlu belajar mengawal emosi sendiri dahulu sebelum kita cuba untuk mengawal perkara lain. *Oh, tahniah kepada seseorang yang telah buat quote ni! Suka sangat!**

Jadi, jom sama-sama kita belajar cara bagaimana untuk mengawal emosi MARAH ni. *marah ni..marah ni!*

1. Biarkan ia berlalu -
- Salah satu cara berurusan dengan rasa marah adalah dengan belajar untuk memaafkan.
- Ketidakadilan muncul sepanjang masa dan semua orang pernah bersalah.
- Belajar untuk melepaskan rasa marah adalah sebahagian daripada kebijaksanaan emosi.

2. Gunakan ia secara positif -
- Tumpukan perhatian anda kepada sesuatu yang membuatkan anda lebih tenang. Duduk jika sedang berdiri, urut dada anda dan relaks lah.

3. Namakan ia, tuntut ia dan jinakkan ia -
- Cari punca mengapa anda marah dan bagaimana untuk anda jinakkan rasa marah anda. Beritahu kepada diri bahawa marah hanya akan merugikan anda. *penat tau marah-marah ni!*

4. Jangan mendesak, jangan mencurahkan !
- Nyatakan perasaan marah anda, kemudian lupakan perasaan itu. Jangan ungkit sehingga akar umbi kerana bukan semua perkara dapat diluahkan melalui kata-kata. Ada perkara yang akan lenyap dengan hanya berdiam diri.

5. Kawal ia / ia yang mengawal anda -
- Menangkan emosi positif anda. Jangan biar kemarahan menguasai anda sehingga anda nak naik gila!

BINA INSAN GURU IV

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya, sekali lagi pada semester ini Bina Insan Guru IV dapat dijalankan dengan jayanya. Sekalung tahniah dan ucapan ribuan terima kasih khas kepada semua yang terlibat! *fuhhh, hebat semuanya!*

Baiklah, pada semester ini masih lagi hampir sama seperti semester yang lalu cuma kami memilih untuk menjalankan BIG kali ini di dalam institut sahaja. *jimatkan kos ;p*. Tetapi bukan itu motif utamanya, apa yang penting ialah persetujuan ramai dan semangat kerjasama yang telah ditonjolkan oleh semua ahli unit. Bercakap soal kerjasama, KERJASAMA ya rakan-rakan. kerjasama ialah cooperation, oh English la pulak. dalam bahasa ibundanya, kerjasama ialah saling membantu antara satu sama lain atau beberapa pihak. Tuan-tuan, adik-adik, anak-anak sekalian, bukan senang ya mahu melahirkan sikap bekerjasama ni sehingga memerlukan keikhlasan yang sangat tinggi agar tiada rungutan dan ungkitan pada masa akan datang atau lebih tepat kalau dikatakan 'rumah sudah siap tapi pahat masih berbunyi'. *SETUJU!!! clap,clap,clap sambil berdiri sebagai tanda sokongan*

Sudahlah! Jangan banyak mengomel lagi. Jom kita lihat shot yang cantik untuk santapan mata kita agar bersinar seperti mata kucing parsi! *mana kau tahu mata kucing tu bersinar?*























Followers

Khas buat warga 'Segalanya Bermula Di sini'.

Ingin dimaklumkan bahawa mengepos entry menerusi blog ini, anda dikehendaki mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan :
1. Perlu menggunakan bahasa yang mudah difahami.
2. Dilarang sama sekali menggunakan shortform!
3. Haruslah memberikan label yang bersesuaian berikutan untuk memudahkan pencarian maklumat.
4. Maklumat hendaklah berguna kepada banyak pihak dan boleh digunakan oleh sesiapa sahaja.
5. Dilarang untuk mengutuk/menjatuhkan orang lain mahupun menyebarkan fitnah.