Zana The Trainer

Success Depends On What You Do With You.

Guru Dan Cabaran Semasa

Isu-isu Perguruan Semasa

Kami Cikgu Rurasional

Guru dan Cabaran Semasa.

nurulazura2012

EDU 3109 GURU DAN CABARAN PENDIDIKAN.

Cikgu Pemulihan

Cikgu Pemulihan.

Kami Anak Kampung

Kami Anak Kampung.

Isu dan Cabaran Pendidikan Semasa

Isu dan Cabaran Pendidikan Semasa.

Guru Semasa Dan Global

Guru Semasa Dan Global.

Guru dan Cabaran Semasa

Guru dan Cabaran Semasa.

Search This Blog

Popular Posts

Sunday, August 15, 2010

Kelebihan Bulan Ramadhan

  • Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadan lantas dia memuji Allah ( kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini.
  • Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya
  • Pada malam Lailatul Qadar menyuruh Allah Ta'ala akan Jibrail Alaihisalam turun ke bumi, lalu turunlah Jibrail ke dalam perhimpunan malaikat ke bumi bersamanya bendera hijau lalu dipacakkan ke atas Kaabah, baginya 600 sayapnya , setengahnya tiada dibuka keduanya, melainkan pada malam Lailatul Qadar baharulah dibukakan keduanya, hingga sampai dari timur ke barat ( Musyriq Ke Maghrib ). Orang-orang yang duduk beribadah, orang yang sembahyang dan berzikir dan berjabat tangan sesama mereka mukmin dan mengucap amin doa orang-orang mukmin hingga terbit fajar subuh....... berkata para malaikat kepada Jibrail , apakah Allah berikan pada hajat orang mukmin dari umat Muhammad (s.a.w) pada bulan Ramadan ini? Berkata Jibrail bahawasanya Allah menilik kepada umat Muhammad yang berpuasa dan beribadah padanya dan dimaafkan mereka, diampunkan dosa-dosa mereka, melainkan empat orang yang tiada diampunkan dosanya: iaitu orang yang kekal minum arak, orang yang derhakakan ibubapanya, orang yang memutuskan sillaturrahim dan orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih dari 3 hari.
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardhu, dan amal fardhu diberi balasan 70 kali ganda. Bulan puasa adalah bulan sabar (sabar dalam berbuat taat kepadaNya.), dan sabar itu adalah syurga balasannya bulan ini dilebihkan rezeki kepada hambanya orang mukmin, diampunkan baginya dosa-dosa. Barang siapa memberi makan kepada orang berpuasa pahalanya seperti memerdekakan hamba dan diampunkan dosanya, berkata sahabat : Bagaimana kami tak sanggup memberi makan orang yang berpuasa (berbuka puasa) ya Rasullullah - Allah memberi pahala ini kepada orang yang memberi seteguk susu atau sebiji kurma atau segelas air, barang siapa kenyangkan orang berpuasa diampunkan Tuhan dosanya, diminumkan Tuhan dari kolam Hudh sejenis minuman yang tiada dahaga lagi kemudiannya hingga masuk ia ke syurga dan pahalanya seperti pahala orang berpuasa. (Al-Hadith).
  • Puasa menurut segala yang disuruh dan menjauh segala pantang larangannya, diampunkan dosanya, dan bertasbih, bertahlil dibinakan rumah indah dalam syurga.
  • Barang siapa hadir ke dalam majlis zikir pada bulan Ramadan, ditulis tiap langkahnya ibadat setahun, dan pada hari Qiamat bersamaku di bawah Arasy. Siapa tetap berjemaah dalam bulan puasa didirikan kota bercahaya indah, cemerlangnya , dan yang berbakti kepada ibubapanya Allah memandang rahmat kepadanya, dan isteri yang berbuat sesuatu mencari keredaan suaminya, maka pahala yang besar Allah kurniakan kepadanya , seperti Siti Maryam dan siapa yang menyampaikan hajat orang mukmin, Allah menunaikan seribu hajatnya, dan siapa bersedekah kepada fakir miskin (yang ada anak isteri) tiap langkah dikurniakan kepadanya seribu kebajikan, dihapuskan seribu kejahatan dan diangkatkan seribu darjat baginya. (Al-Hadith)
  • Orang yang sembahyang bulan Ramadan tiap sekali sujud, dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah didalam syurga daripada permata bagi orang yang berpuasa dan beribadat, 75000 malaikat meminta ampun baginya dari pagi hingga tenggelam matahari, dan dibina sebuah mahligai baginya . (Al-Hadith).
  • Pada hari Qiamat, Allah memerintah Malek Ridwan supaya dikeluarkan orang-orang berpuasa daripada kuburnya dengan keadaan lapar dan dahaga, lalu disuruh Malek Ridwan berikan segala keinginan mereka dari segala macam makanan dan minuman syurga. Maka Malek Ridwan memerintah kepada anak-anak membawa talam-talam makanan , minuman dan buah-buahan. Sebagai balasan berlapar di bulan Ramadan. (A-Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadat, dan nafasnya itu adalah tasbih, doanya itu mustajab, dosanya diampunkan Allah, dan amal ibadatnya dilipatgandakan . (Al Hadith)

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan Kembali


Haish..apa nak sahur esok hari? Apa-apa je lah! ^^'
Yang penting, kami semua WARGA PISMP PL 1 mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN kepada semua umat ISLAM.
Puasa penuh-penuh ya! Kalau tak, tak boleh raya. *Kau, kau dan kau, macam lah kau puasa penuh! Tiap-tiap tahun, kau lagi meriah dari yang puasa penuh! LOL!*

Kami mendoakan semoga kita semua mendapat keberkatan dari-Nya pada Ramadhan kali ini.
Bukak puasa tu jangan membazir sampai semua makanan kau taruk dalam pinggan, sampai berpinar-pinar mata kau masa pergi bazaar ramadhan. Membazir itu amalan syaitan! ^^'

Malam-malam jangan lupa pergi sembahyang tarawikh ye semua! =)
Masa makan tu beringat sama, jangan sampai tak larat nak bawa perut untuk bersembahyang pula. *lepas tu sembahyang duduk! Banyak cantik muka kau!*


Followers

Khas buat warga 'Segalanya Bermula Di sini'.

Ingin dimaklumkan bahawa mengepos entry menerusi blog ini, anda dikehendaki mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan :
1. Perlu menggunakan bahasa yang mudah difahami.
2. Dilarang sama sekali menggunakan shortform!
3. Haruslah memberikan label yang bersesuaian berikutan untuk memudahkan pencarian maklumat.
4. Maklumat hendaklah berguna kepada banyak pihak dan boleh digunakan oleh sesiapa sahaja.
5. Dilarang untuk mengutuk/menjatuhkan orang lain mahupun menyebarkan fitnah.