Zana The Trainer

Success Depends On What You Do With You.

Guru Dan Cabaran Semasa

Isu-isu Perguruan Semasa

Kami Cikgu Rurasional

Guru dan Cabaran Semasa.

nurulazura2012

EDU 3109 GURU DAN CABARAN PENDIDIKAN.

Cikgu Pemulihan

Cikgu Pemulihan.

Kami Anak Kampung

Kami Anak Kampung.

Isu dan Cabaran Pendidikan Semasa

Isu dan Cabaran Pendidikan Semasa.

Guru Semasa Dan Global

Guru Semasa Dan Global.

Guru dan Cabaran Semasa

Guru dan Cabaran Semasa.

Search This Blog

Popular Posts

Monday, June 27, 2011

Kaedah Penilaian Bahasa

Assalamualaikum.

KAEDAH PENILAIAN BAHASA.

Kaedah Penilaian Bahasa

1. Penilaian Melalui Portfolio.

2. Penilaian Melalui Pemerhatian.

Penilaian Melalui Portfolio.

Apakah portfolio?

Satu kaedah yang digunakan untuk mengumpul dan merekodkan bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui.

Ciri-ciri portfolio.

· Dokumentasi berstruktur yang memerlukan pelaksanaan perancangan dan penilaian yang teliti.

· Proses pembelajaran secara portfolio dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif serta pemilihan maklumat dari fakta dari peringkat awal hingga akhir.

· Menggalakkan pembelajaran secara interaktif melalui kerjasama dan bantuan daripada pelbagai pihak.

· Kandungan portfolio terdiri daripada maklumat secara urutan dan mestilah logik.

· Portfolio bersifat reflektif yang dirangsang melalui persoalan.

Penilaian Portfolio

· Penilaian berbentuk lebih terbuka (broad based) dan seimbang.

· Tugasan portfolio dapat dipantau melalui peta perkembangan pelajar yang boleh dinilai melalui bukti-bukti lain.

· Proses penilaian perlu dijalankan secara berterusan supaya dapat mencerminkan perkembangan pelajar dari semasa ke semasa mengikut kriteria yang telah dipersetujui bersama.

Jenis-jenis Portfolio yang boleh dibina.

· Portfolio Kerja Harian

Bahan yang dikumpul untuk menghasilkan tugasan dalam satu jangka waktu yang diberikan.

Contohnya;

§ Proses perkembangan idea dijalankan secara harian untuk menghasilkan lukisan yang mempunyai ciri-ciri berikut.

· Portfolio Hasil Terbaik

Dipilih bersumberkan hasil terbaik daripada portfolio kerja harian.

Berbentuk sumatif

Contohnya;

o Hasil lukisan yang terbaik daripada bebrapa lukisan yang dibuat dan dikumpulkan di dalam folio kerja terbaik.

· Portfolio Dokumen

Hasil tugasan kecil yang dijalankan semasa mengumpul bahan pada satu jangka masa tertentu untuk menyempurnakan kerja tugasan.

Contohnya;

o Hasil lukisan daripada warna tersebut.

Kegunaan Portfolio

· Membolehkan guru menggunakan bukti portfolio bersama rekod anekdot guru untuk membuat penilaian secara holistik.

· Mengekalkan galakkan pelajar untuk mengawal dan memantau perkembangan pelajar

· Membolehkan guru memantau perkembangan pembelajaran pelajar dengan menggunakan peta perkembangan.

· Mempelbagaikan bukti penilaian seperti rekod pemerhatian dan penilaian, nota anekdot, rekod pelaksanaan tugaan dan kadar pencapaian hasil kerja pelajar.

· Membolehkan penilaian dalam bidang afaktif tentang usaha dan aplikasi dapatan melalui pemerhatian tingkahlaku, pengelibatan dalam kelas, inisiatif, kerjasama, ketabahan dan komitmen sewaktu membina portfolio.

Perancangan Portfolio

Menyenaraikan beberapa perkara penting sebelum membuat portfolio:

· Tentukan tujuan pembinaan, ciri-ciri portfolio dan jenis portfolio yang dikehendaki.

· Kenalpasti isi kandungan portfolio.

· Pemilihan isi kandungan dan bahan isi kandungan portfolio.

· Penilaian portfolio dari segi kaedah penilaian samada secara keseluruhan, kumpulan, individu, termasuklah kriteria yang dipakai untuk menilai portfolio.

Bagaimana Portfolio dinilai?

Portfolio dinilai berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang berterusan.

Fokus kepada aspek perkembangan pengetahuan dan perkembangan kefahaman.

Peta perkembangan pelajar boleh digunakan bagi memberi gambaran perkembangan yang lebih menyeluruh bermula awal pembinaan portfolio sehingga tugasan tersebut selesai.

Merekod Penilaian Portfolio

  • Terdapat dua cara merekod penilaian portfolio iaitu menggunakan skala dan menggunakan kaedah senarai semak.
  • Penilaian awal – penilaian merentasi tugasan bertulis mengikut kriteria dengan skala – senarai ciri-ciri paling penting – penetuaan gred.

Kriteria penilaian

  1. Struktur dan organisani
  2. Strategi pengurusan
  3. Variasi isi yang sesuai
  4. Struktur ayat dan gaya bahasa
  5. Senaraikan ciri. Ini akan menentukan markah portfolio, tentukan wajaran markah bagi setiap ciri.
  6. Mengambil kira markah yang diberikan kepada tiap-tiap peringkat dan bukti-bukti lain setiap nota anekdot dan refleksi pelajar.
  7. Skala berkadar atau berkala boleh digunakan.


Penilaian Melalui Pemerhatian

· Pemerhatian secara berterusan dan mengikut jangka masa waktu yang diperlukan atau ditentukan bagi membantu guru dalam mendapatkan maklumbalas tentang keberkesanan P&P.

· Meliputi aspek kognitif , afaktif dan psikomotor.

· Boleh guna senarai semak, rekod anekdot, dan rekod profile.

· Pemerhatian berlaku antara guru, dan antara pelajar dengan pelajar.

· Pemerhatian juga dibuat oleh guru terhadap keberkesanan bahan dan komunikasi pelajar dengan bahan dan pelbagai situasi persekitaran.

· Perkara yang perlu diambil semasa dibuat pemerhatian;

Kualiti Pemerhatian

· Pengetahuan mendalam dalam bidang tugasnya dan perihatin dengan persekitarannya.

· Guru perlu peka terhadap perubahan yang berkaitan dengan bahan.

· Yakin dengan keputusan yang dibuat dan keputusan yang diambil.

· Ikhlas dan jujur serta adil dalam membuat keputusan yang diambil terhadap sesuatu.

· Tekal dan stabil dalam penilaiannya.

Bentuk Perancangan

Menyediakan alat yang releven dan menentukan kaedah untuk mentadbirnya.

Menetukan teknik menganalisis, mentafsir, merekod dan melapor.

· Merangka tindaksusul yang akan dijalankan mengikut konsekuan yang dijalankan daripada pemerhatian.

Merekod penilaian pemerhatian

Rekod pemerhatian harus menggambarkan perubahan tingkahlaku secara tersusun dari segi:

o Pendekatan, kaedah individu atau berkumpulan

§ Semasa menjalankan pemerhatian dan hasil pendekatan atau pengubahsuaian cara pelaksanaan perlu direkod dengan jelas

o Menjalankan Tugasan

§ Cara individu mengendalikan tugasannya dan setiap hasil yang diperoleh dihurai dengan tepat .

o Cara merekodkan dapatan dan rumusan

§ Dapatan dan rumusan hendaklah direkod mengikut urutan yang betul.

o Tindakan Susulan

§ Rekod pemerhatian hendaklah juga jelaskan tindakkan susulan hasil yang akan dicapai.

Rekod anekdot

Boleh digunakan untuk menialai kecekapan atau kecerdasan individu dalam bidang tertentu seperti berikut:

· Kecekapan linguistik (bidang bahasa)

· Melihat kecekapan dalam bidang-bidang tertentu

· Muzik

· Kecekapan (body khanisthetic)

· Kecekapan intrapersonal

· Kecekapan interpersonal

Kecekapan Linguistik

Keupayaan menggunakan bahasa untuk memperoleh sesuatu , untuk menambat hati, menyakinkan dan merangsang.

Melihat Kecekapan dalam bidang-bidang tertentu.

Keupayaan memanipulasikan objek atau simbol untuk meneroka corak, kategori dan perkaitan dan kebolehan membuat eksperimen secara terkawal dan terancang.

Muzik

Keupayaan mencipta muzik dan mengubah lagu.

Kecekapan (body khanisthetic)

Berkemahiran sukan, seni lakon, seni tari atau seni lukis.

Kecekapan Intrapersonal

Keupayaan memahami perasaan dan emosi diri.

Kecekapan interpersonal

Keupayaan memahami dan bergaul dengan orang lain.

Jenis pemerhatian

· Mengikut tujuan dan aspek yang hendak diperhatikan atau dinilai iaitu:

· Memerhati sesuatu perlakuan tanpa mebuat tafsian (interpretation) dab tanggapan (judgement). Melaporkan apa saja yang dilihat. Tafsiran bukan untuk penilaian semasa.

· Memerhati apa-apa yang telah dirancang dan secara “open ended”. Menilai kemahiran, pengetahuan dan perlakuan.

· Memerhati untuk jangka pendek atau jangka panjang. Penilaian dalam bentuk sekuense.

Strategi Pelaksanaan.

· Secara berterusan mengikut keperluan yangbtelah dikenalpasti/ dirancang.

· Menggunakan senarai semak.

· Tindakkan susulan terhadap hasil pemerhatian

· Jangka masa pemerhatian hendaklah sesuai dengan kaedah dan keperluan

· Maklum balas diperolehi daripada guru dan pelajar.

· Refleksi tentang pengalaman bahan dikategorikan sebagai pemerhatian.

Fungsi Pemerhatian

· Guru berpeluang memerhati perkembangan psikomotor, kognitif dan objektif pelajar.

· Guru membuat penilaian kendiri terhadap keberkesanan p&p sebagai penyampai maklumat, tutor, pemudah cara dan pendidik

Aktiviti Penilaian Bahasa

Assalamualaikum.
Antara aktiviti penilaian bahasa yang boleh dijalankan.

FORUM

  • sesi perbincangan melibatkan beberapa ahli panel untuk mencanai fikiran dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu tajuk.
  • dijalankan secara formal.
  • teknik berforum merupakan salah satu aktiviti lisan yang sesuai kerana :
    a) pelajar akan berkongsi pengetahuan dan pengalaman secara langsung
    b) meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan fikiran dengan jelas, objektif, kreatif dan rasional.
  • tajuk forum haruslah dipilih dengan mudah, menarik dan mencabar selaras dengan kemahiran, pencapaian serta peringkat umur pelajar.
  • soalan daripada penonton boleh diajukan kepada para panel untuk mendapatkan ulasan selanjutnya.

DEBAT

  • pengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu pendirian dengan alasan yang logik dan idea yang tersusun.
  • terdapat dua pihak yang akan mengutarakan pendapat masing-masing sama ada pihak pertama terdiri daripada penyokong tajuk dan pihak kedua membangkang tajuk itu.
  • huraian yang dilontarkan mestilah berpandukan kepada fakta.
  • setiap pihak haruslah yakin dan menegakkan fakta yang diutarakan.
  • pihak pemnbangkang boleh mengangkat tangan dan meminta izin laluan untuk memperbetulkan fakta pihak pencadang dan sebaliknya.
  • sesi pengulasan akan dibuat daripada setiap ahli setelah selesai.masa yang diberikan untuk sesi berdebat akan ditetapkan.

PIDATO

  • huraian isi-isi yang melibatkan fakta atau prinsip-prinsip berdasarkan tajuk yang diberikan.interaksi satu hala di mana pemidato membentangkan hujah-hujahnya di depan penonton.
  • pidato bukan membaca tetapi menerangkan, memberi interpretasi dan menghuraikan idea-idea untuk menguatkan fakta yang diketengahkan.
  • hal ini membolehkan penyampaian isi pidato lebih kukuh kerana adanya fakta beserta contoh yang diberikan.

PANTUN

  • Pantun adalah merupakan satu bentuk puisi tradisional bersifat peribumi.
  • Rangkap-rangkap pantun yang ringkas dan mudah, berbentuk kias ibarat, usik mengusik, dan puji memuji.
  • Seperti perumpamaan, bidalan dan rumus-rumus bahasa tersirat.
  • Istilah pantun bagi orang melayu seringkali membawa maksud “umpama” dan “ibarat”.
  • Pantun juga sering ditukar ganti dengan perumpamaan
  • Dari perumpamaan atau bidalan jugalah rangkap pantun berkembang.
  • Mulanya 2 baris, kemudian 4 baris dan seterusnya 8 baris.

SAJAK

  • Sajak merupakan satu bentuk puisi lisan moden lebih bebas berbanding puisi tradisional seperti pantun dan syair.
  • Rangap dan temanya tidak terhad dan bebas.Baris dan rentak dalam sajak tidak terhad.
  • Pengarang bebas pilih baris dan rentak untuk hasilkan sajak.
  • Penggunaan kata dan ungkapan saling berkait dan terjalin erat berdasarkan makna dan irama.

CERAMAH

  • Ceramah merupakan pengucapan tentang bidang tertentu disampaikan oleh orang yang pakar.
  • Penerangan dan penjelasan tentang perkara yang menjadi perbincangan umum, topik disampaikan penceramah kepada penonton.
  • Ceramah biasanya diadakan di majlis atau di perhimpunan.antara jenis-jenis ceramah ialah :-

i) Ceramah agama

ii) Ceramah pendidikan

iii) Ceramah kesihatan

iv) Ceramah kesedaran dan sebagainya

SYARAHAN

  • Aktiviti jenis ini berformat khusus. syarahan mestilah mempunyai :

(a) Kata alu-aluan/pendahuluan

(b) Kata-kata penghadapan

(c) Isi

(d) Penutup

  • Penerangan dan penjelasan tentang tajuk syarahan perlu disampaikan secara teratur, mantap, dan berkesan.
  • Isi-isi syarahan perlu berdasarkan fakta-fakta yang tepat bersertacontoh-contoh yang relevan. Isi-isi utama perlulah disokong oleh isi-isi sampingan.
  • Sebagai langkah awal syarahan, sediakanlah suatu rangka penulisan untuk dijadikan panduan semasa aktiviti syarahan
  • Peringkat / Langkah Kemahiran :

1)Persediaan

• Memahami tajuk dan kehendak soalan

.• Mengumpulkan idea / isi-isi penting tentang tajuk syarahan

• Menyusun idea-idea / isi-isi dan membuat rangka syarahan


2) Penulisan

• Menulis perenggan pendahuluan

• Mengembangkan isi-isi secara tersusun

• Menyatakan kesimpulan/penegasan dalam perenggan penutup

3)Penyemakan
• Menyemak ejaan dan tanda baca

• Menyemak tatabahasa

• Menyemak jumlah perkataan

Followers

Khas buat warga 'Segalanya Bermula Di sini'.

Ingin dimaklumkan bahawa mengepos entry menerusi blog ini, anda dikehendaki mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan :
1. Perlu menggunakan bahasa yang mudah difahami.
2. Dilarang sama sekali menggunakan shortform!
3. Haruslah memberikan label yang bersesuaian berikutan untuk memudahkan pencarian maklumat.
4. Maklumat hendaklah berguna kepada banyak pihak dan boleh digunakan oleh sesiapa sahaja.
5. Dilarang untuk mengutuk/menjatuhkan orang lain mahupun menyebarkan fitnah.