Search This Blog

Popular Posts

Tuesday, March 30, 2010

BIG ke SK Bukit Serok



Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan aktiviti wajib bagi semua guru-guru pelatih yang menuntut di Institut Pendidikan Guru Malaysia. Aktiviti ini melibatkan semua guru pelatih Program Ijazah sarjana Muda Perguruan (PISMP). Program BIG pada kali ini adalah seminar.
Program Bina Insan Guru ini merupakan satu titik tolak kepada pembentukan sahsiah dan jatidiri setiap guru pelatih. Semasa menjalani program ini kami dapati banyak lagi kelemahan yang perlu diperbaiki. Selain itu, kami juga perlulah memantapkan ilmu sedia ada di samping menambah lagi ilmu-ilmu baru demi kemajuan diri, agama, bangsa dan negara kami.




Perkara yang paling penting bagi menjayakan sesuatu program adalah kerjasama. Tanpa kerjasama yang sepadu, kia tidak akan dapat menjayakan sebarang aktiviti terutamanya yang melibatkan pihak sekolah. Saya sungguh kagum terhadap kerjasama yang rakan-rakan guru pelatih tonjolkan.


Kami sungguh gembira sepanjang berada di sana....kami menerima layanan yang sungguh baik daripada pihak sekolah terutamanya pihak asrama dan pentadbiran sekolah....jutaan terima kasih kami ucapkan kepada mereka...tanpa sokongan dari mereka nescaya program ini tidak akan berjalan dengan lancarnya.
kami telah mengadakan pelbagai aktiviti :
1. ice breaking2. LDK
3. Pergigian
4. Senam robik


Kesimpulan yang dapat saya buat di sini ialah program seperti ini perlulah diadakan lebiih kerap lagi kerana seseorang guru bukan sahaja perlu mantap dari segi intelek dan penampilan malahan guru juga perlulah mantap dari aspek fizkal, rohani dan juga emosi.



0 comments:

Post a Comment

Followers

Khas buat warga 'Segalanya Bermula Di sini'.

Ingin dimaklumkan bahawa mengepos entry menerusi blog ini, anda dikehendaki mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan :
1. Perlu menggunakan bahasa yang mudah difahami.
2. Dilarang sama sekali menggunakan shortform!
3. Haruslah memberikan label yang bersesuaian berikutan untuk memudahkan pencarian maklumat.
4. Maklumat hendaklah berguna kepada banyak pihak dan boleh digunakan oleh sesiapa sahaja.
5. Dilarang untuk mengutuk/menjatuhkan orang lain mahupun menyebarkan fitnah.