Search This Blog

Popular Posts

Friday, August 6, 2010

Keluar dari Sangkar Emas!

Wah, tengok tajuk entry pun rasanya dah tak sabar-sabar nak membaca isinya. Baiklah, terus ke tajuk entry kali ni. Event ni dah lama berlaku. Hampir tiga minggu lepas tapi sekarang baru tangan ni rasa gatal-gatal nak update belog.
Masing-masing cemburu tengok orang lain buat macam-macam aktiviti dan paling penting cemburu tengok orang balik rumah sendiri. Paling jealous kalau TIAP-TIAP MINGGU muka yang sama tu asyik menghilangkan diri ke rumah. Mentang-mentang rumah kau dekat. *sigh*.
Apa kau ingat dekat kalau aku nak balik rumah aku? OK, ayat sebahagian dari warga kelas. T________T' *Sabar je lah aku*

Jadi, kami pun decided untuk melakukan aktiviti hujung minggu.
Sekali sekala buat aktiviti main air seronok jugak kan. Nak-nak kalau ada orang sambut birthday dia! *Happy birthday to Ara Chan*

Jom kita ushar mana kami menghilangkan diri pada hujung minggu TIGA minggu lepas!

Mulakan perjalanan anda dengan senyuman lepas dapat 6 paket
sandwich sedap buatan Zuliyana! *thumbs up!*

Ada kereta sebuah lagi tercicir kat belakang. Tungguuuuu dulu ^^'

Takkan nak tunggu aje. Rugi kodak lah! *Eh, kau zaman bila guna kodak lagi ni?*

Toodia... Sampai ke Johor korang ye! (^.~)V

Bergambar kenangan sebelum climb up untuk mencari port
yang paling sesuai untuk kami warga comel!

Masing-masing membawa muatan macam nak berkelah 3 hari 3 malam je.

Yeah! Climbing, climbing!! ^^'

Ini kalau buat mode sephia lagi jadi memori kau dan aku! haha

Rombongan Cik Ros mula bergerak.

Gambarku di mana-mana. *auuuw..^^'

Nak cari port bagussss konon! ^^'

Yang ni semua memang ratu-ratu mandi. Biar gambar saja bercerita
aktiviti-aktiviti mandi-manda. Eeheeee..^^'

Yang pakai tudung merah tu sibuk nak tangkap ikan.

Ini adalah perkara yang di nantikan!! Sambutan hari jadi.
SELAMAT HARI JADIAN diucapkan kepada Zahrah binti Yusuf.
Jangan pelik ya, kami berpicnic di dua tempat. Tak puas berada di Sagil, kami melencongkan kereta kami ke Pantai Puteri Melaka pula. Hebat!! LOL.

Ini dia birthday girl kami! *Mulut muncung ala-ala tiup lilin*

Makan lagi! Makan-makan dan makan.

Yang angkat periuk tu dah lega sebab periuk dah ringan.
* Yang bawa perut semua merungut sebab perut dah berattt sangat! **

Ada peluang kita pergi lagiiiii ~

0 comments:

Post a Comment

Followers

Khas buat warga 'Segalanya Bermula Di sini'.

Ingin dimaklumkan bahawa mengepos entry menerusi blog ini, anda dikehendaki mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan :
1. Perlu menggunakan bahasa yang mudah difahami.
2. Dilarang sama sekali menggunakan shortform!
3. Haruslah memberikan label yang bersesuaian berikutan untuk memudahkan pencarian maklumat.
4. Maklumat hendaklah berguna kepada banyak pihak dan boleh digunakan oleh sesiapa sahaja.
5. Dilarang untuk mengutuk/menjatuhkan orang lain mahupun menyebarkan fitnah.